Sunday, February 13, 2011

Kejadian di wad bedah Hospital Tungku Ja'afar Seremban

Lokasi : Kaunter wad bedah



Seorang meksi sedang menyemak data pesakit. Dia kemuadiannya memanggil pesakit lelaki tersebut. Pesakit itu berdiri disebalah aku ketika itu memandangkan kerusi semua penuh. Dia kelihatan sabar menanti seperti ku menunggu giliran untuk di periksa. Ketika nama pakcik itu di panggil, anak perempuannya mara ke arah kaunter dan memberi tahu mek si bahawa nama yg di sebut tadi adalah nama bapanya. Dlama nada perlahan dia bercakap dengan meksi bertugas.



" Bapak saya x berapa dengar"

"oww.. baiklah." meksi tersebut melambai pakcik tersebut supaya mampir ke kaunter. Dengan nada yg kuat dia bertanya.

"Pakcik pernah datang sini"

"x pernah"

"Ok... pakcik ada alahan makan ubat apa2?"

pakcik itu lambat menjawab. Meksi menoleh pada anak perempuan pakcik tu. Anak perempuan itu mengeleng menandakan tiada alahan ubat pada bapanya.

soalan dilanjutkan oleh meksi td.

"Pakcik ada alahan makan makanan laut macam ketam, udang, sotong dan sebagainya"

Pakcik itu menjawab dengan lantang dan sedikit bangga



"ANAK MENANTU DEN DAH JANJI NAK BAWAK DEN MAKAN SEAFOOD HUJUNG MINGGU NI"



Pecah perut aku gelak... hehehe...

2 comments:

  1. cerita ni based on true story ke?? if yes..mmeng siut =)

    ReplyDelete
  2. Ye en. Magico (ibrahim) Cerita ni benar berlaku...
    Mmg siot!

    ReplyDelete