Wednesday, March 7, 2012

YAM TUAN ANTAH CHALLENGE 2012

Salam semua... Kali ni aku nk ceritakan sedikit pasal event Yam Tuan Antah Challenge 2012 yang aku cover tuk media TV. Satu event yg julung kali diadakan disertai hampir 250 peserta dalam dan luar negara.

Yam Tuan Antah Challenge 2012 (YTAC 12) adalah larian tiga buah gunung meliputi Gunung Datuk, Gunung Rembau dan Gunung Gagak Kaya dengan keunikan hutan hujan tropika. Pemandangan yg indah di setiap puncak gunung serta laluan yg mencabar menjadi pilihan acara larian gunung YTAC 12.

YTAC 12 menawarkan hadiah berjumlah RM24,900.00 kepada peminat sukan lasak dengan pelbagai katogari dan peringkat umur seperti, terbuka lelaki & wanita, terbuka vateran lelaki, terbuka remaja lelaki & wanita dan terbuka pelajar sekolah lelaki & wanita.

YTAC 12 anjuran Persatuan Kembara Negara telah berlangsung dengan jayanya di Hutan Lipur Gunung Datuk pada 12/2/2012 yang lepas. Tidak kurang dari 300 peserta dari pelbagai negara yang telah mengambil bahagian pada edisi pertama ini. Tahniah kepada para pemenang dan kita jumpa lagi pada 31 June 2012 ini di edisi “Mount Berembun Green Challenge”".



.