Tuesday, May 1, 2012

BAHAN BACAAN KITA MAHAL

Sesungguhnya bahan bacaan di Malaysia ni sgtlah tinggi harganya. Cuba kita lihat negara2 lain. Buku novel mereka x sampai pon 10 nilai duit mereka. Di eropah atau di US. Novel kadang dijual serendah 9.99 USD. Padahal penulisnya otai x terkira.

Korang perasan x bahan bacaan kanak2 kat Malaysia ni Mahal!!! Mcm bapak aku cakap "" Mahal mcm nk beli bedil "". Smlm di pesta buku antarabangsa 2012, PWTC, Aku kesana nk cari bahan bacaan anak aku.

Buku kanak2 4 helai muka surat, full color, kualiti agak tebal dijual dgn harga rm 16.90. Aper ni der... buku import yg sebegitu rupa di jual dgn harga 1.99 USD. Jauh betul bezakan??...

Tp ada juga kedai yg kasi diskaun gila2 bermula 20%-70%. Dan hasilnya, aku borong 7 novel di kedai creative, 2 novel di kedai Utusan, 4 majalah di Moy serta 2 paper bag kartun komik Apo dan Ujang dari MOY. Semua tu aku habis rm80....

Emm... aku rasa berbaloilah...

Tp aku masih x puas hati dgn harga bahan bacaan di Malaysia. Satu lagi, promoter di pesta buku nampak kerja keras untuk menjual karya di kedai masing2. Tp sesungguhnya bila di tanya... mereka x tau apa apa yg mereka jual. X semualah begitu. Cuma segelintir, tp rumusan disitu, ramai org sekarang ni, x ada minat nk membaca.

Contoh semalam aku beli novel hasil tulisan UJANG, ""JIBAM"". Aku beli pon sbb nk kasi anak aku baca. Novel tu best. Aku dah baca berkali2. jadi aku nk anak aku layan jalan cerita dan faham unsur2 nasihat dlm novel tu. emm....

Balik pada promoter di kedai tu. Bila ditanya, best x novel "" JIBAM "" ni, Dgn muka penuh bangga dan isyarat 2 tangan. "" OOoo... Novel ni bagus ni bang, Sesuai dgn umur abang dan penulisnya dah buat berpuluh2 buah novel dah bang ""... Hehehe....

Aku senyum sendiri, Sememangnya anak muda sekarang ini tidak gemar membaca. Aku alhamdulillah, minat membaca masih ada dlm diri, cuma sedikit kurang atas sbb urusan kerja.

Emmm... apa2 pon, pesta buku antarabangsa terbaik dan harus di kekalkn, cuma minta kerajaan pandang pasal harga buku terutama bahan bacaan kanak2.



                                    Hasil memancing di pesta buku. Semua ni Rm80. Berbaloi x?



Joe Zainal
Pesta Buku Antarabangsa KL 2012.
PWTC, K. Lumpur.
1 May 2012