Monday, December 27, 2010

KESAS - Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) - Pandan - Bandar Tasik Selatan

Setiap hari, ramai pengguna di Kuala Lumpur mahupun Sekitarnya menggunakan Jalan ini untuk tujuan masing. Jalan ini akan wajkib sibuk pada waktu puncak ketika awal pagi rede sebentar dan akan mula sesak pada tgh hari membawa ke senja. Mujur dan bernasib baik, sekali2 kita xada bertemu jem antara jam 3-4:30 ptg.

Untuk HWay KESAS, aku rasa jalan tu xlah sesibuk MRR2. Cuma sgt ketara terasa sibuk jamnya MRR2 ni, jika kita dari KESAS. Sini aku nk ckp pasal Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ni.

Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ni, laluan Persekutuan adalah sebuah lebuhraya lingkaran yang dibina oleh Jabatan Kerja Raya bagi menghubungkan kawasan-kawasan kejiranan di sekitar sempadan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur-Selangor. Keseluruhan sistem lebuh raya lingkaran ini merangkumi Laluan Persekutuan, Lebuhraya Damansara-Puchong (dari Sri Damansara ke Persimpangan Sunway) dan Lebuhraya Shah Alam (dari Persimpangan Sunway ke Sri Petaling).

Walau bagaimanapun, istilah Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur merujuk kepada Laluan Persekutuan memandangkan ia membentuk lebih kurang dua pertiga daripada keseluruhan sistem.

Kawasan yang wajib akan jem pada jalan ini setiap hari, adalah di kawasan Pandan,
Boleh kata setiap waktu kecuali lepas jam 11mlm membawa ke pagi. Huhh!!!... Jem kawasan ni aku rasa sbb sekeliling exit dikawasan ni adalah kawasan penempatan padat penduduk kawasan Ampang-Pandan-Cheras.

Hari2 ada org keluar masuk. Tp sekarang ni sistem jalan di kawasan ini sedang di naik taraf dan akan dibesarkan lagi. Alhamdulillah. Tahun depan insyaAllah oklah kawasan Pandan ni. Aku rasa lebih 10 tahun pengguna menanggung sengsara pasal jem di Pandan ni. Lamakan? Hehe...

Satu lagi kawasan yg akan di jangka jem teruk bermula tahun 1 Jan 2011 ni adalah Bandar Tasik Selatan. Projek kerajaan (UDA HOLDINGS) membina Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) menyediakan perkhidmatan kepada para penumpang bas dan teksi dari Kuala Lumpur ke Utara dan Selatan Semenanjung.

Operasi terminal yang menjadi hentian utama hentian bas ekspres dan teksi ke utara dan selatan Semenanjung akan dikendalikan MAJU Terminal Management and Services (TMAS), syarikat yang baru dilantik.

Terbinanya Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS)ini sgt dinanti2kan oleh rakyat kerana ia menghimpunkan hampir kesemua perkhidmatan kenderaan awam di sini. Komuter(KTMB), Rapid KL (BAS, LRT), Express train to KLIA, teksi dan bas2 expres di dalam Terminal.

Sistem jalan MRR2 di kawasan terminal ni, sangat sempit dan aku rasa, 1 januari ni akan mula 1 spot jem yang lebih dasyat dari jem di Pandan. Sepatutnya plan membina terminal bas ni menitik beratkan sistem jalan masuk bas dan sistem jalan kawasan sekeliling yang padat dengan penempatan.

Xkan kerajaan x nampak masaalah ni dah berlaku di Pandan, Xkan nk tunggu lebih sepuluh tahun lagi baru nk repair jalan. Spot ni akan berlaku jem yg lebih dasyat dari Pandan.

Bayangkan dengan bas2 expres yg nk keluar masuk dengan jalan yg sempit laluan masuk ke terminal, siap ada "lap" konar lagi. Huhh!! Ingat Hentian Puduraya??? apa jadi pada kawasan tu. Ini pulak MRR2 yg dah tersedia sempit di kawasan tu. Bayangkan juga masa nk perayaan nnt. Bas2 menunggu di luar jalan pasal xnk masuk dalam terminal... Kereta nk turunkan org, Org jalan kaki...

Jadi, selamat bersedia pengguna MRR2 dengan masaalah ini. Penduduk Bandar Tasik Selatan, semoga kesabaran ada di hati anda untuk 15 tahun akan datang!!! Bandar Tasik Selatan yg dipuja kumpulan rock era 90'an "Olan" akan jadi sesak!!! Hayatilah ketenangan Bandar Tasik Selatan dalam masa seminggu ni sebelum 1 januari 2011.
CAU BEBEH!!!

Joe Zainal

Monday, December 13, 2010

Majlis Perkahwinan Nornazia & Ariff Clip (PART 2)

video

Majlis Perkahwinan Nornazia & Ariff Clip Intro (PART 1)

video


Majlis berlangsung di Grand Ballroom Klana Resort Seremban N9. Edit dan camera by Joe Zainal

Friday, December 3, 2010

AKU DILUAR DIRIKU

Someone say, "Hye boleh berkenalan".
Someone say "Maaf.. jangan gangu saya"

hehe...

Someone say "Please... jgn ikut perasaan sgt"
Someone say "Pegilah jahanam"

Duduk bersila...
Bergongcang tangan...
Menadah doa...
Mata dan lensa bertumpu disitu... FOKUS!

Si buta dipinpin si celik...
Meminta simpati duit menghulur tisu...
Mencelah di sekitar ribuan makhluk...
Tp apakah dia benar2 buta?


..................................................................................................................


Suka x?

Ske sgt...

Dah tu?

Ntah? Dah usaha...

Usaha tangga kejayaan lah ...

He..he... Memang. Aku tahu yg tu...

Dah tu?

Usahalah jugak...

Berjaya?

Mmm.. Kadang tu ok kadang x..

So?

Dunialah kawan...

Huh!!! Ko memang macam tu. Penting tuk masa depan ko..

Entahlah...

Ko suke buat diri ko mcm ni kan! Ko memang suke!!

Alahh... Sudahlah!

Kalau aku nk tolong ko, ko x nk...

Tolong apenye? sudahlah...

Hmmm... Kalau ada masaalah ko citer kat aku. Jgn pendam.

PENDAM! ... Aku kena cari dialah... Thanks ingatkan aku.

Eh? Ko nk cari sape?

Adalah... Ayat ko tadi tu mengingatkan aku...

Wei!!! Ko nak ke mana tu. Cerita x habis lg!...

Nanti-nanti laa!!!(berlalu)

Ish die nie... Pendam... OOOOOooooooooo... (senyum). Wei! Aku doakan ko...

Terima kasih!!!


JOE ZAINAL
Disember 2010