Monday, November 26, 2012

SESAK - UKAYS

Bilakah kalut hidupku akan berakhir Kemana kumelangkah pasti ada yang benci Inikah suratan atau dugaan tuhan Walau bibirku mengukir senyum hatiku menangis Tak siapa tahu keikhlasanku padamu Cerita tak berasas dan tuduhan buta Dihulur pada mu yang ingin kuhampiri Malah diracuni fikiranmu agar aku tersingkir ( korus ) Begitu banyak sekali persaingan aku harus tenang Menghadapi sedangkan dirimu pula jadi perhatian setiap insan Biar apapun jua tafsiran bermain dipenjuru hatimu Relaku tempuh namun mengalah usahlah kau harapkan Lambat laun nanti kebenaran terserlah Di situlah juga akan kau sedari Betapa tulusnya pengorbananku ini Memperhambakan diri tak mengenal jemu Ketahuilah kesetiaanku ini Tidak pernah luntur ditelan waktu Bagaikan batu besar menghimpit dadaku Tiap hari berganti makin beratnya Selagi tak terbukti keikhlasan hatiku Selagi itu keresahan dan sesak di dalam ( 2X ) .

Monday, November 5, 2012

RFC 2011 - Prologue SS


.
RFC 2011 is a presentation of Malaysia's very own 4x4 guru; Mr. Luis J.A. Wee.  The event was held in the East Coast state of Malaysia - Terengganu and has gathered 4x4 enthusiast around the globe.

Here we've compiled all the actions (Prologue SS) to honour the participants who have the guts to confront the roughest terrain in this region. Salute..

Video Footage From Mr. Robert

Edited By Joe Zainal
(AA Media Group SDN BHD)
.

Thursday, September 20, 2012

Mojo – Andai Ku Bercinta Lagi Lyrics & Chord


Intro: Cm G# A# Cm G# A# Cm
Cm
Kini kau tiada
G# A#
Senafas pun ku perlu mencuba
Cm
Kau bawa pergi
G# A#
sebahagian dari jiwa raga
Dm G C
Bersendiri hidup umpama hilang erti
Cm B G
Bagaimanakah meneruskan hayat ini
Cm Fm A# D#
Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
G#
Tunjukkan di mana
Fm G Cm C
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?
Fm A# D#
Apabila tiba waktu bersemuka
G# Fm G G#
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
A# Cm
Dengan bayangmu di minda
Cm G# A#
Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Cm G# A#
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh
Dm G C
Bersendiri masa umpama tak beralih
Am D G
Berapa lama lagi harus ku merintih
Am B G
Malam tidak berpurnama
Gm C F
Fajar tiada kejora
Fm G Cm F
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Fm G
Tanpa dirimu asaku mati
.

Padi - Ternyata Cinta

Intro : E C#m A B E

  E                            C#m
Ingin sungguh aku bicara satu kali saja
               A               B
Sebagai ungkapan kata perasaanku padamu
 E                                 C#m
Telah cukup lama ku diam didalam keheningan ini
            A                    B
Kebekuan dibibirku, tak berdayanya tubuhku

               A  B                E
Dan ternyata cinta yang menguatkan aku
               A    F#m
Dan ternyata cinta,.,.

 E                                    C#m         
Kau yang sungguh selalu setia menemani kesepianku
               A                  B
Menjaga lelap tidurku membasuhku setulusnya
 E                                    C#m
Merekah fajarnya hatiku menghangatkan luruhku
                A                       B
Dan resapkan keharuman engkau yang mencintaiku

Reff :
               A  B                E
Dan ternyata cinta yang menguatkan aku
               A  B                E
Dan ternyata cinta tulus mendekap jiwaku
               A  B                E    C#m
Dan ternyata cinta yang menguatkan aku
               A     F#m
Dan ternyata cinta,.,.,

Interlude : E A E A
            A E A B
Balik ke Reff
Coda : E C#m A B E

Thursday, August 2, 2012

Rawatan Perubatan Yang TIDAK atau MEMBATALKAN ibadah berpuasa

Mungkin ini info yg membantu kita wahai teman2. Aku kongsikanlah.

Benda alah ni x ade kena mengena dgn puasa... Cuma aku nampak mata dia ni kuyu.. Sbb puasa kot.. hehehe...

Perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang TIDAK MEMBATALKAN ibadah berpuasa ialah:


* Menggunakan ubat titis mata, titis telinga dan cucian telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga);

* Pil tablet nitroglycerin (GTN) atau ubat yang menyamainya yang diambil secara meletakkannya di bawah lidah tanpa ditelan bagi merawat kesakitan dada (angina pectoris) bagi pesakit jantung;

* Melakukan prosidur tampalan gigi, cabutan, pembersihan gigi atau memberus gigi dengan syarat individu yang berpuasa tidak menelan apa-apa bahan ketika prosedur rawatan itu;

* Semua bentuk suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot, sendi atau salur darah;

* Pendermaan atau pemindahan darah;

* Penggunaan ubat-ubatan dalam bentuk sapuan, balutan dan plaster pada permukaan kulit;

* Pengambilan sampel darah untuk ujian makmal;

* Memasukkan tiub kecil (catheter) melalui salur darah untuk tujuan pemeriksaan seperti prosidur angiogram untuk pemeriksaan jantung;

* Pemeriksaan laparoscop, iaitu pemeriksaan dalaman dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui dinding abdomen untuk pemeriksaan bahagian dalaman pesakit;

* Berkumur-kumur termasuk berkumur-kumur secara gargle (sehingga air hampir ke tekak), dan ubat teraputik semburan ke mulut yang tidak membabitkan proses menelan;

* Menjalani biopsy iaitu pengambilan spesimen atau cebisan yang diambil daripada hati atau organ lain untuk tujuan analisis makmal;

* Penggunaan ubat semburan (spray) hidung tanpa disedut;

* Rawatan dialisis untuk masalah pesakit buah pinggang sama ada hemodialisis atau peritonealdialisis;

* Menjalani rawatan bius setempat atau separuh (local) dengan semburan atau suntikan setempat; dan

* Penggunaan ubat buasir dengan memasukkan semula kawasan buasir pada tempatnya tanpa membabitkan kawasan rongga yang dalam.

*************                                 *************                                        ************

Perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang MEMBATALKAN ibadah berpuasa:

* Penggunaan alat sedutan (inhaler) untuk rawatan lelah (athma) atau penyakit paru-paru kronik;

* Memasukkan sebarang tiub kecil (pessary) atau ubat ke dalam faraj (vaginal suppository) termasuk prosedur cucian (wash), pemeriksaan dalaman vaginal (vaginoscope),

atau pegawai perubatan memasukkan jari untuk melakukan pemeriksaan dalaman vagina wanita.

* Memasukkan sebarang tiub catheter, alat pemeriksaan dalam saluran kencing (uretroscope), barium atau ubat pencuci yang dimasukkan sama ada ke dalam saluran kencing bagi lelaki atau wanita (contohnya memasukkan 'urinary catheter' untuk rawatan sumbatan salur kencing);

* Penggunaan alat seperti enema, tiub suppository, teropong protoscope atau jari pegawai perubatan yang dimasukkan ke dalam dubur atau rectum untuk pemeriksaan;

* Penggunaan teropong usus (endoscope) atau teropong perut (gasteroscope) untuk tujuan pemeriksaan sistem penghadaman; dan

* Penggunaan bius menyeluruh yang membabitkan penggunaan gas.

Sumber: Buku Panduan Berpuasa Pesakit terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

SELAMAT BERPUASA SEMUA...
.

Wednesday, July 18, 2012

WEDDING AYESHA & ZARIQ - TEASER




TEASER - Majlis perkahwinan Nettie Ayesha Ramlan dengan Muhamad Zariq Razali Pada 20.05.2012 Bersamaan 28 Jamadil Akhir 1433H.


Camera - Joe Zainal & Farhan
Edit - Joe Zainal
.

Tuesday, May 1, 2012

BAHAN BACAAN KITA MAHAL

Sesungguhnya bahan bacaan di Malaysia ni sgtlah tinggi harganya. Cuba kita lihat negara2 lain. Buku novel mereka x sampai pon 10 nilai duit mereka. Di eropah atau di US. Novel kadang dijual serendah 9.99 USD. Padahal penulisnya otai x terkira.

Korang perasan x bahan bacaan kanak2 kat Malaysia ni Mahal!!! Mcm bapak aku cakap "" Mahal mcm nk beli bedil "". Smlm di pesta buku antarabangsa 2012, PWTC, Aku kesana nk cari bahan bacaan anak aku.

Buku kanak2 4 helai muka surat, full color, kualiti agak tebal dijual dgn harga rm 16.90. Aper ni der... buku import yg sebegitu rupa di jual dgn harga 1.99 USD. Jauh betul bezakan??...

Tp ada juga kedai yg kasi diskaun gila2 bermula 20%-70%. Dan hasilnya, aku borong 7 novel di kedai creative, 2 novel di kedai Utusan, 4 majalah di Moy serta 2 paper bag kartun komik Apo dan Ujang dari MOY. Semua tu aku habis rm80....

Emm... aku rasa berbaloilah...

Tp aku masih x puas hati dgn harga bahan bacaan di Malaysia. Satu lagi, promoter di pesta buku nampak kerja keras untuk menjual karya di kedai masing2. Tp sesungguhnya bila di tanya... mereka x tau apa apa yg mereka jual. X semualah begitu. Cuma segelintir, tp rumusan disitu, ramai org sekarang ni, x ada minat nk membaca.

Contoh semalam aku beli novel hasil tulisan UJANG, ""JIBAM"". Aku beli pon sbb nk kasi anak aku baca. Novel tu best. Aku dah baca berkali2. jadi aku nk anak aku layan jalan cerita dan faham unsur2 nasihat dlm novel tu. emm....

Balik pada promoter di kedai tu. Bila ditanya, best x novel "" JIBAM "" ni, Dgn muka penuh bangga dan isyarat 2 tangan. "" OOoo... Novel ni bagus ni bang, Sesuai dgn umur abang dan penulisnya dah buat berpuluh2 buah novel dah bang ""... Hehehe....

Aku senyum sendiri, Sememangnya anak muda sekarang ini tidak gemar membaca. Aku alhamdulillah, minat membaca masih ada dlm diri, cuma sedikit kurang atas sbb urusan kerja.

Emmm... apa2 pon, pesta buku antarabangsa terbaik dan harus di kekalkn, cuma minta kerajaan pandang pasal harga buku terutama bahan bacaan kanak2.



                                    Hasil memancing di pesta buku. Semua ni Rm80. Berbaloi x?



Joe Zainal
Pesta Buku Antarabangsa KL 2012.
PWTC, K. Lumpur.
1 May 2012

Wednesday, March 7, 2012

YAM TUAN ANTAH CHALLENGE 2012

Salam semua... Kali ni aku nk ceritakan sedikit pasal event Yam Tuan Antah Challenge 2012 yang aku cover tuk media TV. Satu event yg julung kali diadakan disertai hampir 250 peserta dalam dan luar negara.

Yam Tuan Antah Challenge 2012 (YTAC 12) adalah larian tiga buah gunung meliputi Gunung Datuk, Gunung Rembau dan Gunung Gagak Kaya dengan keunikan hutan hujan tropika. Pemandangan yg indah di setiap puncak gunung serta laluan yg mencabar menjadi pilihan acara larian gunung YTAC 12.

YTAC 12 menawarkan hadiah berjumlah RM24,900.00 kepada peminat sukan lasak dengan pelbagai katogari dan peringkat umur seperti, terbuka lelaki & wanita, terbuka vateran lelaki, terbuka remaja lelaki & wanita dan terbuka pelajar sekolah lelaki & wanita.

YTAC 12 anjuran Persatuan Kembara Negara telah berlangsung dengan jayanya di Hutan Lipur Gunung Datuk pada 12/2/2012 yang lepas. Tidak kurang dari 300 peserta dari pelbagai negara yang telah mengambil bahagian pada edisi pertama ini. Tahniah kepada para pemenang dan kita jumpa lagi pada 31 June 2012 ini di edisi “Mount Berembun Green Challenge”".



.

Thursday, February 23, 2012

LAYANG-LAYANG TERPUTUS TALINYA - ALLEYCATS

LAGU INI JUGA DI NYANYIKAN BALIK OLEH AWIE
CIPTAAN PENUH : M.NASIR

Intro Em Am C Em Am B

Em Am
Berarak mendung kelabu
C B
Mengekori langkahku
C Am
Sepanjang kehidupan
D G
Penuh dugaan
C Am Bm-B
Namun aku tetap aku

[*]
Em Am
Kucuba dan terus mencuba
C B
Mencapai suria
C Am
Walau membakar jiwa
D G
Walau aku dihina
C Am Bm-B
Namun aku tetap aku

Em Am
Derita oh derita
C Am-Em
Engkau di mana-mana
Am C
Walaupun jauh aku lari
Am Em
Mahupun berdiam diri
Bm Em
Namun indah mimpi dari realiti
C
Hidupku tanpa arah
B
Bagaikan layang-layang
Em
Terputus talinya

[interlude] Am B Em Am C B
    C Am D G C B Em

Em Am
Derita oh derita
C Am-Em
Engkau di mana-mana
Am C
Walaupun jauh aku lari
Am Em
Mahupun berdiam diri
Bm Em
Namun indah mimpi dari realiti
C B
Tapi pasti suatu hari nanti
E Em
Sinar suriakan menjelma

Outro: Em F#m B E Em

Back To [*]
.

Saturday, January 14, 2012

RUKUN SYAHADAH...

Salam semua...moga kehidupan kita sentiasa beroleh rahmat dari Illahi..


Hari ni, kita fokus santai kepada rukun syahadah..Seperti yang kita tahu (mungkin ada yang tidak tahu), rukun syahadah ada 4...


1.Ikrar

>>>Ikrar tentang keesaan Allah S.W.T. dan nabi Muhammad S.A.W. itu adalah utusan-Nya.


2.Iktikad

>>>Mempercayai \ menyakini bahawa hanya Allah sahaja tuhan yang berhak disembah dan nabi Muhammad itu adalah utusan-Nya.


3.Iktiraf

>>>Mengakui tentang keesaan \ kebesaran Allah dengan mengakui kebenaran dan kerasulan nabi Muhammah S.A.W..


Akhir sekali...


4.Amalan

>>>Beramal dengan bersungguh2 sebagai memenuhi tuntutan syahadah tanpa ragu2, jemu, dan amalan hendaklah dilakukan ikhlas kerana Allah S.W.T..



Setiap ilmu perlu dikongsi...

Salam....
.