Friday, January 14, 2011

RFC'10 - Johor campsite 1-2



The RFC'10 - Malaysia edition will take place from 4 to 13 Dec, starting off with the opening and prologue special stages in Johor Bahru, then proceeding to Segamat, Labis, Kelaung, Jemaluang and ending back in Johor Bahru. The ten–day event is the longest in the world for any off−road 4x4 extreme events, and arguably, the hardest and most unpredictable.

Enjoy it...
Edit by Joe Zainal

Tuesday, January 11, 2011

Video Majlis Perkahwinan Hazly & Mimie Intro



Majlis berlangsung akad nikah pada 24hb Disember 2010 bersamaan 18hb Muharram 1432Hijrah. Majlis persandingan pada 24-25 Disember 2010 bersamaan 19-20 Muharram 1432Hijrah.

Camera = Fishbone Art House
Edit by Joe Zainal

Monday, January 10, 2011

BENGANG!!!

Ada kala aku suka dengar ada org nk bg job edit video wedding pada aku. Yalakan.. rzeki tu. Dah memang kerja aku editor. Tp aku juga sgt xpuas hati dengan segelintir photographer yg sgt biasa buat job wedding yg nk beralih arah pada camera video.

Sememangnya seorang photographer wwedding ni pandai bermain dengan shot yg dayat dan x heran la juga gambar yg di ambil oleh mereka. Dengan skil dan gadget camera DSLR yg mereka ada, serta skil menggunakan photoshop, mereka ni mampu memberi hasil yg boleh dikatakan "WOW".

TP bila mereka dah pegang camera video untuk buat job wedding, mereka lupa bahawa mereka ada merakam pergerakan, suara dan juga camera video langsung tidak sama settingnya berbanding DSLR mereka tu. Seringkali aku dapat footage yg terakam suara cameraman yg mengarahkan pengantin buat itu ini.

Lepastu... sistem rec camera video nk disamakan dengan DSLR. Tekan rec button terus nk gerak camera. Bukan aku x ajar dan bukan aku nk halang seseorang tu nk jadi cameraman sbb mereka pon nk cari makan. Tp kena ingat, visual yg diambil tu perlu di edit untuk dijadikan video wedding.

Cuba anda play back visual yg anda rakam selepas rakaman selesai. Teliti betul2 akan hasil rakaman anda. Apa ia "jelek" atau sebaliknya. Cuba bertanya pada yg biasa memegang camera video bagai mana shot yg terbaik untuk adan rakam.

cara handle camera dan cara rakaman yg boleh menghasilkan visual yg menarik. Jika visual anda menarik selepas rakaman selesai, pasti tiada masaalah di post(editing).
sudah semestinya editor boleh memikirkan agaimana nk main visual supaya hasil video itu bertambah menarik lagi GEMPAK.

Semoga cameraman junior ni mendengarkata dan sering praktikkan teknik rakaman video untuk mencari rezeki dalam bidang ini.

Adiosss....
Joe Zainal
Cameraman - Editor

Monday, December 27, 2010

KESAS - Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) - Pandan - Bandar Tasik Selatan

Setiap hari, ramai pengguna di Kuala Lumpur mahupun Sekitarnya menggunakan Jalan ini untuk tujuan masing. Jalan ini akan wajkib sibuk pada waktu puncak ketika awal pagi rede sebentar dan akan mula sesak pada tgh hari membawa ke senja. Mujur dan bernasib baik, sekali2 kita xada bertemu jem antara jam 3-4:30 ptg.

Untuk HWay KESAS, aku rasa jalan tu xlah sesibuk MRR2. Cuma sgt ketara terasa sibuk jamnya MRR2 ni, jika kita dari KESAS. Sini aku nk ckp pasal Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ni.

Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ni, laluan Persekutuan adalah sebuah lebuhraya lingkaran yang dibina oleh Jabatan Kerja Raya bagi menghubungkan kawasan-kawasan kejiranan di sekitar sempadan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur-Selangor. Keseluruhan sistem lebuh raya lingkaran ini merangkumi Laluan Persekutuan, Lebuhraya Damansara-Puchong (dari Sri Damansara ke Persimpangan Sunway) dan Lebuhraya Shah Alam (dari Persimpangan Sunway ke Sri Petaling).

Walau bagaimanapun, istilah Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur merujuk kepada Laluan Persekutuan memandangkan ia membentuk lebih kurang dua pertiga daripada keseluruhan sistem.

Kawasan yang wajib akan jem pada jalan ini setiap hari, adalah di kawasan Pandan,
Boleh kata setiap waktu kecuali lepas jam 11mlm membawa ke pagi. Huhh!!!... Jem kawasan ni aku rasa sbb sekeliling exit dikawasan ni adalah kawasan penempatan padat penduduk kawasan Ampang-Pandan-Cheras.

Hari2 ada org keluar masuk. Tp sekarang ni sistem jalan di kawasan ini sedang di naik taraf dan akan dibesarkan lagi. Alhamdulillah. Tahun depan insyaAllah oklah kawasan Pandan ni. Aku rasa lebih 10 tahun pengguna menanggung sengsara pasal jem di Pandan ni. Lamakan? Hehe...

Satu lagi kawasan yg akan di jangka jem teruk bermula tahun 1 Jan 2011 ni adalah Bandar Tasik Selatan. Projek kerajaan (UDA HOLDINGS) membina Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) menyediakan perkhidmatan kepada para penumpang bas dan teksi dari Kuala Lumpur ke Utara dan Selatan Semenanjung.

Operasi terminal yang menjadi hentian utama hentian bas ekspres dan teksi ke utara dan selatan Semenanjung akan dikendalikan MAJU Terminal Management and Services (TMAS), syarikat yang baru dilantik.

Terbinanya Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS)ini sgt dinanti2kan oleh rakyat kerana ia menghimpunkan hampir kesemua perkhidmatan kenderaan awam di sini. Komuter(KTMB), Rapid KL (BAS, LRT), Express train to KLIA, teksi dan bas2 expres di dalam Terminal.

Sistem jalan MRR2 di kawasan terminal ni, sangat sempit dan aku rasa, 1 januari ni akan mula 1 spot jem yang lebih dasyat dari jem di Pandan. Sepatutnya plan membina terminal bas ni menitik beratkan sistem jalan masuk bas dan sistem jalan kawasan sekeliling yang padat dengan penempatan.

Xkan kerajaan x nampak masaalah ni dah berlaku di Pandan, Xkan nk tunggu lebih sepuluh tahun lagi baru nk repair jalan. Spot ni akan berlaku jem yg lebih dasyat dari Pandan.

Bayangkan dengan bas2 expres yg nk keluar masuk dengan jalan yg sempit laluan masuk ke terminal, siap ada "lap" konar lagi. Huhh!! Ingat Hentian Puduraya??? apa jadi pada kawasan tu. Ini pulak MRR2 yg dah tersedia sempit di kawasan tu. Bayangkan juga masa nk perayaan nnt. Bas2 menunggu di luar jalan pasal xnk masuk dalam terminal... Kereta nk turunkan org, Org jalan kaki...

Jadi, selamat bersedia pengguna MRR2 dengan masaalah ini. Penduduk Bandar Tasik Selatan, semoga kesabaran ada di hati anda untuk 15 tahun akan datang!!! Bandar Tasik Selatan yg dipuja kumpulan rock era 90'an "Olan" akan jadi sesak!!! Hayatilah ketenangan Bandar Tasik Selatan dalam masa seminggu ni sebelum 1 januari 2011.
CAU BEBEH!!!

Joe Zainal

Monday, December 13, 2010

Majlis Perkahwinan Nornazia & Ariff Clip (PART 2)