Monday, August 15, 2011

Sayap Ilusi - Wings (Naga Keramat)

Aku teruja dgn lirik lagu ini. Sgt menyentuh dan ketuhanan. Nyanyian Awie yg baik dan melodynya membawa kita menghayati kebesaran tuhan sebenarnya. Melody lagu ni mengingatkan aku pada sebuah lagu lama kumpulan "Cross Fire - Realiti dan Fantasi". Tp, terbaik dari wings dgn lagu ni. Siapa ada beli ALbum ni boleh update siapa penulis lirik dan melody lagu ni? Sila komen... Hayatilh lirik ini... Kat bawah ni ada video lagu Sayap Ilusi ini. Cau...



Wings / Awie - Sayap Ilusi



intro:
D G A D
D G A D



D G A D
Semakin jauh aku renungi diri
D G A D
Semakin dekat kekasih di hati
D G A D
Dia mentari akulah sinarnya
D G A D
Dia lautan akulah airnya

D G A D
Kalaulah ada selain dari mu
D G A D
Biar ku hancur dan menjadi debu


Bm G
Bila hadir cinta yang satu
A D
Tidak ku peduli sejuta pun
Bm G
Menghukum aku dengan dusta
A D
Teracap dunia akhirnya


G
Kerana cinta
A D
Biar aku dianggap gila wooo...
Bm G
Terbang dengan sayap illusi
A D
Bertutur dalam bahasa hati


G A D
Kalaulah ada selain dari mu
D G A D
Biar ku hancur dan menjadi debu

Bm G
Bila hadir cinta yang satu
A D
Tidak ku peduli sejuta pun
Bm G
Menghukum aku dengan dusta
A D
Teracap dunia akhirnya
D G A
Bila hadir cinta yang satu
D A Bm
Jangan ditanya siapa dia
G
Tanya Dia siapa kita
A D
Dan pulang ke mana akhirnya
D G
Kerana cinta
A D
Biar aku di anggap gila wooo...
Bm G
Terbang dengan sayap illusi
A D
Bertutur dalam bahasa hati

D G A
oooooooooooo.......




.

Monday, August 8, 2011

Perrrghhhh!!!! It's DONEEEEE!!!!

Fuhh!!! Akhirnya kerja editg untuk job Rainforest Challenge 2010 (RFC'01) berakhir dengan jayanya... Aku x pernah nk ambil masa selama ini untuk satu job sebelom ni. Inilh kali pertama. Aku start job editg ni dari bulan Feb 2011 dan "final master" tuk dvd RFC siap pada 9-ogos... Perghhh!!! Lama gila siot.

Dengan banyak kali perubahan dan penambahan shoot, atas sbb mereka x plan tuk buat DVD event ni. So, footage ni dtg dari serata dunialh. Yg terbaik footage dari Russia (Mr. Oleg Kabalic) dan TV3 (Mr. Jebat).

Footage lain dtg dari Philippines - Poland - Majalah 3 (TV3) dan Scoreboard (TV3).

Aku juga teruja dgn Voice Over talent - Mr Jesse Van Den Driesen. Lelaki tua dari Belanda yg sgt ramah dan mempunyai suara yg perghhhh. sebijik mcm Optimus Prime. Hehehe... Thanks Luis sbbb kenalkn Jesse ni pada aku.

Aku berharap Luis x de perubahan lg lepas ni. Sbb aku sebenarnya dah agak tepu tuk editg job ni. Sbb lama sgt dah. Otak pon dah x de idea. Kalau ada selit edit job weddg 2-3 dlm masa nk edit job RFC ni x pe la jgk.

Tp aku teringin sgt nk edit drama blk. dah setahun aku tinggalkn edit drama ni. Dpt Telefilem pon ok dah buat aku. Hehe... Lama siot x berkarya....

Oklah. Kat si ni aku kasi korang tgk trailer RFC DVD tu. Mn tau korang nk beli . hehehe....




Monday, August 1, 2011

MANDI JUNUB SELEPAS IMSAK TIDAK JEJAS PUASA

ASSALAMUALAIKUM SEMUA. AKU ADA TERBACA SATU PERSOALAN PERIHAL MANDI JUNUB DAN PERKARA INI ADA KENAMENGENA PASAL PUASA. TERTARIK PADA SOALANNYA, JADI AKU PON POSTKN NOTE AKU NI KHAS UNTUK TATAPAN SEMUA YG X DEMASA NK CARI ILMU UGAMA TP NK MENGUMPAT DAN MENGEDITS TAHU. BACALAH TEMAN. MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU ATAU JAHIL PERIHAL INI. SELAMAT BERPUASA.

Soalannya;
APAKAH hukumnya puasa bagi suami isteri yang gagal mandi junub sebelum waktu bersahur, iaitu sebelum masuk waktu imsak. Mereka hanya mandi junub selepas waktu imsak sama ada jam 6 atau 7 pagi dan meneruskan puasa seperti biasa?


Jawapan:

BERSETUBUH dengan isteri pada Ramadan dibolehkan tetapi hanya khusus waktu malam. Waktu yang diharuskan itu bermula daripada terbenamnya matahari sehingga terbit fajar (waktu Subuh).

Pada awal permulaan Islam, bersetubuh pada malam hari Ramadan dibolehkan sebelum seseorang itu tidur. Jika sudah tidur, maka haram baginya menyetubuhi isterinya walaupun ia tersedar sebelum Subuh. Kemudian Allah SWT mempermudahkan hukum dan membenarkan persetubuhan pada bila-bila masa sebelah malam Ramadan.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 187: “Dihalalkan bagi kamu pada malam puasa (Ramadan) bercampur dengan isteri-isteri kamu. Mereka itu adalah pakaian bagi kamu dan kamu adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu tidak mampu menahan nafsumu. Kerana itu, Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepada kamu. Maka sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang sudah ditetapkan Allah untukmu dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dan benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam.”

Al-Sa’di pula berkata: “Ketika puasa mula disyariatkan, haram bagi orang Islam untuk makan, minum atau melakukan persetubuhan pada sebelah malam selepas tidur. Tetapi itu menimbulkan kesulitan bagi mereka. Lalu Allah memudahkannya dan membenarkan mereka makan, minum atau melakukan persetubuhan pada bila-bila masa sebelah malam sama ada sesudah atau sebelum tidur. Mereka tidak mampu menahan nafsu.”

Pada ayat “Kerana itu Allah mengampuni kamu” bererti Dia menjadikan mudah bagi kamu mengelakkan diri daripada terjatuh ke lembah dosa. Ayat “Dan memberi maaf kepada kamu” bermaksud bagi apa yang terjadi sebelumnya. “Maka sekarang…” bererti selepas kemudahan ini diberikan Allah manakala “campurilah mereka..” bererti bersetubuh, mencium, menyentuh dan sebagainya.

Bagi ayat “dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu..” bererti apabila kamu bersetubuh dengan isterimu untuk mentaati Allah dan mencapai tujuan utama persetubuhan, iaitu untuk mendapat anak, mengawal maruah diri dan isteri serta memenuhi tujuan perkahwinan.

Dalam al-Ahkam al-Quran, Jilid 1, muka surat 265, al-Jassas berkata: “Bersetubuh makan dan minum dibenarkan pada sebelah malam bulan puasa (Ramadan) dari awal malam sehingga Subuh menjelma.”

Satu hadis riwayat al-Bukhari, daripada Al-Bara’ ada berkata: “Apabila puasa mula difardukan, mereka tidak mendekati isteri mereka langsung sepanjang bulan dan setengah orang tidak dapat menahan nafsu mereka maka Allah menurunkan wahyu dengan firman-Nya: Allah mengetahui bahawa kamu tidak dapat menahan nafsumu kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepada kamu.”

Berbalik soalan saudara, mandi junub boleh saja dilakukan sebelum atau selepas Subuh. Yang penting, saudara dapat mengerjakan solat Subuh dalam keadaan suci (selesai mandi) sebelum berakhirnya waktu Subuh. Wallahua’alam.



PETIKAN DARI BLOG - DARUL ULUM

http://darululumonline.wordpress.com/